Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Saturday, August 9, 2014

Tanda-Tanda Melahirkan

 ..... harini (09-08-2014) dah menghampiri detik-detik final countdown..kahkahkah...countdown apa ek???? ni mama dah kira lagi sehari je menghampiri tarikh due.. due apa ek?? hahahha, actually. esok (10-08-14) adalah due date mama melahirkan anakanda mama n daddy yang pertama..ecececeh...pertama sangat..ahhhahaha... betui la pertama untuk kami, cuma kelahiran ke3, anak ke4 untuk mama... sebabbnya??? anakanda ynag pertama??? dulunya gugur D&C done year 2008, anakanda ke2 meninggal due to preterm born 27weeks, ALFATIHAH, anakanda ke3 si princess danisha zulaikha  yang sekarang ni dah nak masuk 4years old.. and now  we are waiting for our "anakanda" yang bakal lahir.... huaaaarrgh!!!! bila mau keluar?????? esok dah due.. tapi tanda nak melahirkan belum ada..hahahah...




Tanda-tanda Bersalin Credit to AlamHamil

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. BELUM LAGI
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya. DAH ADA TANDA KOT

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang. DAH RASA.....

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera. BELUM LER

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan. LAGI LA BELUM..

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj. BELUM LAH..


SO,conclusion nyer... esok dah due tapi just tanda-tanda BRIXTON HICKS je ku rasakaa...alahai kena serah diri macam anakanda yang previous ke??? chacha dulu sampai almost 2weeks overdue..kali ni if dah overdue 2.3hari je nak menyerah diri lah..im ready...hahahaha..padahal mama risau + takot jadi apa-apa at si tecik dalam perut ni....
doakan mama wiwi dipermudahkan ya....baby cepat kuar ya...

Friday, August 1, 2014

SYAWAL 2014

ALHAMDULILLAH, diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari raya eid fitri tahun 2014. dapat sambut syawal dalam kesederhanaan, yang penting bersama insan yang tersayang juga disayang. thanks my dear:

SUAMI : mr. iwan mohamad faiez untuk menjadi orang pertama mama bersalaman n minta keampunan di hari raya ni. menjadi "khalifah" penyejuk di mata penawar dihati.menjadi suami, teman juga tak lama lagi jadi daddy untuk baby kite yg bakal lahir..ehheheheh

mydear hubby

MAK & AYAH: yang sentiasa ada dikala anakanda suka & duka, insan yang sentiasa membantu walau dengan apa cara sekalipun, dua orang manusia yang pengorbanannya tiada tebalas, yang hingga kini masih ku harapkan..insan yang selamanya disayangi,dirindui, yang takkan pernah membuat sakit pada diriku.

sayang mak&ayah


ABANG2: hehehe... ada 2orang abang..yang sulong n 2nd brother, both handsome guy, i do love u.. thanks banyak tolong adik n support time adik down susah. korang always be my hero laaaa..

sayang abang


ANAKANDA: myprincess Danisha Zulaika (chacha) , dah  almost 4years old tak lama lagi.heheh, mama always love u baby, sayang chacha even suka tantrum tak tentu pasal..kihkihkih.. mama will always be by ur side walau apa pun terjadi yer.... 

budak comey

AL-FATIHAH anakanda (arwah mohamad zuldanish fitri) dah al,ost 5years masa berlalu... rasanya macam baru je mama lahirkan danish kan.. arwah lahir betul2 malam raya 1syawal 2009 , sekarang mama dah pergnant lagi...insyaALLAH... bulan syawal juga lahirnya.. for u my dear hero..mama rindukan danish...sampai kite bertemu lagi ya sayang....love u sayang.

alfatihah sayang

SALAM LEBARAN ~ MOHON MAAF ZAHIR BATIN andai ada kesilapan dari diriku, & keluarga mohon dimaafkan, dihalalkan segala yang dimakan & minum sengaja atau pun tidak, dihalalkan segala perbelanjaan ke atas kami, mohon doa untuk kelahiran yang bakal tiba, juga mohon doa untuk dipermudah segala urusan , diperluas rezeki, AMIN. tq




daddy love mama

kesayangan mama

expected due date : 10-08-2014 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...