Followers

Sunday, December 27, 2009

MOHD.ZULDANISH FITRI~keagungan CINTA ZULIKA

Tanya Sama Hati apa Sebab Sayang....Adakah Tandanya Nampak Dipandang..

Kehadapan suamiku, m.zulkiflee,
Terima kasih yang tak terhingga adinda ucapkan untuk semuanya…
Untuk anakanda Mohd Zuldanish Fitri, mama sentiasa merinduimu..walau Yang Maha Pencipta telah menjemputmu kembali..mama papa tetap bersamamu seperti mana disaat kelahiranmu…

MOHD ZULDANISH FIRTI..
Cinta Zulika membawa mu kedunia,
Demi Danish mama bertarung nyawa,
Walau akhirnya kau pergi jua..

20092009,
Saat Keramat buat mama,
Waktu mengalir jernih air kesyukuran,
hangat dirimu dalam dakapan ,
Walau hanya sekadar waktu….
Tetap ia pastI berlalu….

Mama bersyukur atas hadirmu,
Syawal disambut bersama anakku,
Sayang, Dengarkah kau saat…
Papa laungkan azan ditelingamu,
Rasakah kau saat mama mencium dahi kecilmu..

Terlalu takut hati ini,
Terlalu bimbang jiwa ini,
Terlalu berat pundakku ini,
Anakku lahir terlalu awal didunia ini..

Apakah Tuhan mengujiku lagi,
Adakah Tuhan menghukumku lagi,
Mengapakah si kecil ini menjadi galang ganti..
Ya Rabbi, kuatkanlah jiwaku ini…

Belum pun hilang sakitku,
Belum jua puas melihat dirimu,
Belum sempat aku mendukungmu,
Belum jua sempat aku memandikanmu,
Belum pun sempat aku membawamu melihat luasnya dunia..

0310009,
Sayangku,
Tahukah kau betapa hebat cintaku,
Belum sempat ku luahkan segalanya,
Kau pergi….
Tak kembali…

Ya Rabbi,
Hatiku merayu kasih,
Jiwaku merintih sepi,
Andai dapat disilih ganti,
Mama rela berkorban diri….

Menggigil tubuh hina ini,
Saat aku hanya mampu…
MEMANDIKAN JENAZAHmu,
MENDUKUNG TUBUH kakumu,
MENGUCUP DINGIN dahimu…
Sesungguhnya TUHANKU,
Kau telah MENJERNIHKAN mataku…

Mudah si hamba ini berkata sabar,
Enak madahnya menuduh itu dan ini,
Walau kau menang berbicara,
Tiada siapa mampu menghidupkannya…

Iya~ku tak bermakna menerima,
Sabarku tak sekukuh tembok besar cina,
Diamku tak beerti ku salah…
Beralahku tak beerti aku kalah..

Kini tawaku tak sepenuhnya gembira,
Senyumku jua beralas duka,
Hanya sekadar penglipur lara,
Menghibur segenap nyawa yang luka…

Kepada penciptaku,
ku mohon diberi kekuatan,
Berhimpun doa jua dipanjatkan,
Semoga kesedihan tak lagi berpanjangan..

Kepada ayah ibu,
Doakan kebahgiaan anakmu ini,
Jua kepada kedua abangku,
Terima kasih kerna sentiasa ada..untuk adikmu,

Kepada keluarga baruku,
Jangan lagi ditambah kesakitan,
Usah lagi ditambah bara yang tersimpan,
Ku mohon diberi kekuatan…

Semua yang bersamaku..
Biarkan lembaran baru terbuka,
Biar ia dihiasi warna ria,
Doakan aku kembali seperti mula…

Seluruh hidup bersama janjiku,
Akan kubina semula tabir cinta,
Biar seutuh rekaan tajmahal,
Seagung kasih ramayana mengikat mumtaj,
Biar sedalam jurang mariana,
Biar setinggi everast himalaya,
Akan ku perjuang cinta zulika,

Tetapi..

Jangan pula kau meminta selebihnya,
kerna aku tak seindah zulaikha,
Kerna kau jua tak sehebat yusuff,
Kerna hidup suatu perjuangan ,
Kerna kematian itu satu kemestian,
Kerna yang maha kuasa itu hanya TUHAN,
SESUNGGUHNYA aku hamba yang kelemahan diselubungi kehinaan….
SeAndainya ada jua insan lain membaca lembaran ini, kirimkan FATIHAH, untuk anakku, semoga ia tenang dalam jagaan Nabi ALLAH ~Ibrahim alaihi salam..sehingga kiamat menjelma, lalu si kecil melebarkan tangannya menggapai aku bersamanya...

3 comments:

  1. Al fatihah..
    dewi sgt sedih..
    baca coretan and nukilan hati ko ni..
    ad hikmah disebalik apa yg terjadi..
    diakhrit sana kau beruntung ad yg menanti,,

    ReplyDelete
  2. thnx ya dear...
    sabar je lah...
    doakan yg terbaek untuk i yer..huhuu

    ReplyDelete
  3. salam...
    sebak akk mebaca puisi dewi....semoga dewi tabah mhadapi ketentuan illahi ye.......bnyk2la bsabar ye.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...